Powered by Blogger.

Wanita ini bersuamikan ayahnya sendiri


Valerie Spruill dari Doylestown, Ohio, Amerika Syarikat, baru tahu belakangan bahawa suaminya, Percy, ternyata adalah ayahnya juga, seperti dilaporkan huffingtonpost, Rabu (19/9), mengutip Akron Beacon Journal terbitan 13 September. Perempuan 60 tahun itu mengetahui kebenaran tersebut enam tahun selepas kematian Percy.

Menurut kolumnis Akron Beacon Journal, Bob Dyer, kejadiannya bermula ketika Valerie dihantar untuk tinggal bersama datuk-neneknya ketika dia baru berusia 3 bulan. Figur yang selama itu dia tahu sebagai ayahnya ternyata adalah datuknya, dan orang yang selama itu dia tahu sebagai seorang "teman keluarga" justeru adalah ibu kandungnya.

Ibu kandung Valerie seorang "wanita malam" yang dipenjara atas tuduhan jenayah seks pada 1980. Ayah kandungnya bernama Percy Spruill. Percy berusia 15 tahun ketika bertemu ibu Valerie.

Percy lahir di Mississippi. Ia bekerja di Akron sebagai pemandu lori dan, kemudian, menjadi pegawai parkir di Morley Health Center.

Valerie tumbuh dewasa, bertemu Percy, dan mereka kemudian berkahwin. Sepanjang perkahwinan, Valerie mengatakan mendengar desas-desus bahawa Percy sesungguhnya adalah ayahnya, demikian laporanAkron Beacon Journal. Ketika diminta untuk menganggarkan berapa banyak orang yang tahu tentang hal ini, Valerie tertawa dan berkata, "Setengah dari (penduduk) Akron."

Pada April 1998, Percy meninggal dalam usia 60 tahun. Tahun 2004, seorang bapa saudara akhirnya mengatakan kepada Valerie bahawa khabar angin itu benar. Ujian DNA pun menegaskan hal itu.

Apakah Percy tahu bahawa Valerie adalah putrinya? Entahlah. Akron Beacon Journal melaporkan, walau Valerie kata bahawa dia tidak yakin 100 peratus suaminya tahu kalau dia adalah anak perempuannya kerana Percy tidak pernah membincangkan hal itu, Valerie sangat yakin bahawa suaminya menyedari tabu yang ia lakukan, tetapi dia takut untuk menyampaikan kepadanya.

Valerie kini bersara, setelah bekerja 34 tahun di jabatan perakaunan di Goodyear. Dia punya tiga anak dan lapan cucu. Ia mengaku berjuang melawan kecenderungan semulajadi untuk membenci Percy. Orang-orang yang membenci, katanya, tidak akan masuk syurga. Dalam sisa hidupnya, ia berusaha untuk tetap optimis dan berfikir positif.

Valerie bukan orang pertama yang punya kisah mengejutkan tentang pasangan mereka.

James dan Maura, nama sebenarnya telah disamarkan, tumbuh dewasa di tempat yang berasingan 100 batu dan bertemu pada suatu malam di Ireland di sebuah bandar yang bukan tempat asal mereka, lapor BBCtahun 2010. Mereka mulai berkencan, Maura hamil, dan mereka lalu berpindah dan tinggal bersama. Setelah beberapa waktu, Maura meyakinkan James untuk menghubungi ibunya yang tinggal berasingan. Ketika James melawat ibunya, dan bercerita tentang Maura, potongan ceritanya menuntun sang ibu untuk mengetahui bahawa Maura sesungguhnya adalah adik tirinya. Sebuah ujian DNA mengesahkan perkara itu.

Dalam sebuah kes lain, seorang pengantin perempuan India, Minati Khatua, butuh waktu enam bulan untuk mengetahui bahawa orang yang ia nikahi ternyata seorang perempuan juga, bukan lelaki, laporTelegraph India tahun 2010. Khatua curiga ada yang aneh pada pasangannya. Ia lalu memaksa untuk membuka pintu bilik mandi saat "sang suami" mandi. Ketika itulah ia akhirnya tahu, pasangan itu seorang perempuan. Khatua akhirnya menelefon polis. NDTV melaporkan bahawa perempuan penipu itu melarikan diri dengan sebuah kereta dan jip yang dibeli dengan wang dari akaun bank Khatua. Sumber Huffington Pos

0 comments:

Post a Comment