Powered by Blogger.

Apple maps diejek oleh Google dan Motorola


Perkhidmatan peta digital Apple Maps di iPhone 5 tidak mendapat sambutan positif daripada pengguna. Kekurangan ini dimanfaatkan Motorola Mobility-dan Google-untuk mengolok-olok Apple Maps.

Motorola Mobility, yang tak lain adalah unit perniagaan smartphone Google, membuat iklan promosi Motorola Droid Razr M yang dipublikasi lewat Twitter, Jumaat (21/9/2012). Judul iklan ini berbunyi "The real world that s fit for your hand (Dunia nyata yang sesuai untuk tangan anda)".

Di sana terlihat Droid Razr M sedang membuka aplikasi Google Maps yang memaparkan gambar terperinci perspektif satelit sebuah jalan di pusat bandar Manhattan, AS. Di samping Droid Razr M, ada iPhone 5 yang membuka aplikasi Apple Maps dan menunjukkan jalan serupa, tetapi dalam perspektif standard.

Di bawah gambar iPhone 5, ada teks bertulis "# iLost".
Iklan promosi Motorola Droid Razr M yang mengejek aplikasi Apple Maps di iPhone 5


Seperti diketahui, Apple baru sahaja membuang aplikasi Google Maps dari sistem operasi iOS versi 6. Apple mengembangkan perkhidmatan peta digital sendiri bernama Apple Maps, yang dikerjakan bersama beberapa syarikat yang bergerak di bidang peta digital dan navigasi.

Malangnya, Apple Maps menuai banyak kritik pengguna peranti mobile Apple yang telah melakukan update sistem operasi ke iOS 6. Perkhidmatan ini dinilai belum sedetail dan setepat Google Maps.

Tak hanya Google Maps, Apple juga memutuskan membuang YouTube di iOS 6.

Pada 12 September 2012, Google telah mengeluarkan aplikasi mandiri YouTube untuk iOS di App Store. Sementara Google Maps untuk iOS hingga kini belum sedia.

0 comments:

Post a Comment