Powered by Blogger.

18 mangsa baru jenayah cyber setiap saat

Dalam laporan yang berdasarkan 2012 Norton Study itu, disebutkan ada 18 orang menjadi mangsa baru akibat jenayah cyber setiap saat, atau 1.5 juta mangsa sehari.

Pelbagai mod digunakan untuk mengaut untung peribadi, dan caranya pun kian berkembang, menyesuaikan diri dan berkembang dari hal-hal kecil yang mungkin sering kita remehkan.

Menurut laporan tahunan Norton, angka kejahatan dunia maya ketika ini dijangka mencapai US $ 110 bilion per tahun. Norton mengungkap, setiap detik ada 18 orang dewasa atau lebih daripada 1.5 juta orang di dunia setiap hari menjadi korban kejahatan dunia maya.

Tentu saja, kerugian ini mengakibatkan jumlah bahan-bahan yang mereka keluarkan melalui pelbagai transaksi online.

Menurut Norton, kerugian rata-rata yang dialami mangsa penipuan di Internet mencapai US $ 197 atau sekitar Rp1, 8 juta satu korban di seluruh dunia atau bayaran kejahatan pengguna di dunia maya lebih dari satu minggu boleh mencukupi keperluan makan untuk empat orang dalam satu keluarga.

"Dalam 12 bulan terakhir dianggarkan ada 556 orang dewasa mengalami kejahatan dunia maya, perkara ini melebihi dari populasi penduduk Kesatuan Eropah. Angka ini mewakili 46% orang dewasa yang menjadi mangsa kejahatan dunia maya dalam 12 bulan terakhir," demikian tulis Norton dalam laporan yang disiarkan oleh website rasminya.

Tinjauan tahun ini menunjukkan adanya peningkatan bentuk baru dari kejahatan dunia maya berbanding dengan tahun terkini, seperti penemuan pada jejaring sosial atau peranti mobile.

Fakta lain juga menyebutkan bahawa 15% pengguna rangkaian sosial melaporkan profil seseorang telah dibajak dan si pelaku berpura-pura menjadi pemilik akaun tersebut.

"Kejahatan dunia maya menukar taktik mereka dengan mensasarkan pada pertumbuhan peranti bergerak dan jejaring sosial yang pengguna kurang perhatian dengan risiko keselamatan," ujar Marian Merritt, Norton Internet Safety Advocate.

Menurut Norton, untuk mengatasi hal ini, kuncinya ada di kata laluan e-mel yang kuat. Lebih daripada satu perempat atau 27% orang dewasa yang sering melakukan aktiviti online melaporkan bahawa mereka mendapat notis bahawa akaun e-mel yang mereka gunakan telah dibajak.

Padahal beberapa akaun e-mel tersebut berpotensi untuk menjadi pintu gerbang bagi para penjenayah yang mencari maklumat peribadi dan syarikat.

Secara umum, dalam kajian ini mendedahkan, orang sering menyimpan gambar peribadi (50%), dokumen pekerjaan (42%), laporan bank (22%) dan kata laluan untuk akaun online yang lain (17%) dalam e-mel.

"Akaun e-mel peribadi sering mengandungi kunci ke dunia online anda. Tidak hanya penjahat yang mendapatkan segala akses ke inbox anda, mereka juga boleh menetapkan semula kata laluan anda untuk setiap laman web online yang lain dengan mengklik link 'forgot your password', menahan beberapa e-mel dan secara efektif mengunci anda keluar daripada akaun anda sendiri, " ujar Adam Palmer, Norton Lead Cybersecurity Advisor.

Ia menambah, melindungi e-mel dengan menggunakan kata laluan yang kompleks dan menggantinya secara berperingkat, akan mengurangkan bahkan menghalang anda dari kejahatan yang terjadi di internet. 
sumber inilah.com

0 comments:

Post a Comment