Powered by Blogger.

Perempuan ini bermandi manda dalam keretapi ditengah-tengah penumpang

Ada-ada saja cara untuk mencari perhatian. Rakaman video di bawah ini menunjukkan seorang perempuan kelihatan membasahi dirinya lalu mandi selagi dalam perjalanan dengan keretapi bawah tanah di New York, AS.

Ia berdiri bersama seorang temannya dalam sebuah subway (keratapi bawah tanah) yang sibuk. Ketika agak membongkok dia sepertinya mengeluarkan kencing setelah sebelumnya menyatakan bahawa dirinya ingin kencing dan sudah tidak tahan lagi. Setelah itu ia membuka kasut, mengeluarkan botol gelen air dari begnya, dan membersihkan dirinya secara kecemasan.

Tidak jelas bila-bila kejadian ganjil tersebut berlaku, tetapi rakaman itu pertama kali di-posting ke internet pada Khamis (20/9/2012).

Dilihat dari isi begnya, adegan mandi itu telah dirancang. Itu bukan sebuah ritual mandi spontan. Perempuan itu mengeluarkan sebuah spons merah muda dan sabun cair, lalu menggosok dirinya.

Perempuan itu, yang ketika mandi mengenakan jumpsuit bercorak bunga dan sandal jepit, nampaknya sedikit tertekan. Ia memberi tahu para penumpang lain dalam subway itu bahawa dirinya perlu membersihkan diri sebelum bertemu dengan rakan-rakannya.

Ketika para penumpang lain mula terkikik atas ulahnya anehnya itu, dia protes, "Ini tidak lucu! Saya tidak boleh berbau seperti ini." Seorang perempuan menyampuk secara tidak simpatik, "Saya tahu! Orang-orang memang bebal."

Setelah semuanya bersih, rakan perempuannya menyerahkan jubah mandi berwarna merah muda kepadanya. Ia sejenak mengenakannya sebelum membukanya lagi. Ia sepertinya lupa kalau ia harus pakai bedak terlebih dahulu.

Video berdurasi lima minit itu pertama kali dimuat naik ke laman hip-hop WorldStarHip Hop pada 20 September. Sejumlah komentator di laman itu menduga bahawa adegan tersebut hanya sebuah aksi untuk mencari perhatian. Sumber kompas.com

0 comments:

Post a Comment