Powered by Blogger.

Protein ini boleh menyuburkan sperma


Ini adalah berita baik bagi kalangan lelaki yang selama ini belum mampu mendapatkan keturunan. Kajian terbaru para ahli saintis berjaya menemui sejenis protein penting yang mampu meningkatkan kualiti kesuburan kaum Adam.

Dengan menambah protein vital ini pada sperma yang tidak subur, kes kemandulan lelaki akan diatasi. Sel spema yang tidak subur akan mempunyai harapan untuk membuahi sel telur, dan secara dramatik meningkatkan peluang terjadinya kehamilan.

Seperti yang dilaporkan dalam jurnal Fertility and sterility, para ahli dari Universiti Cardiff Inggeris mendakwa telah menemui protein penting yang dikenali sebagai PLC-zeta (PLCz). Protein ini dipindahkan oleh sperma sihat pada saat proses persenyawaan sel telur. Protein inilah yang memulakan proses yang disebut "egg activation", merintis jalan bagi seluruh proses biologi yang diperlukan untuk perkembangan embrio. Penemuan penting ini diyakini memberi harapan kepada pasangan yang menjalani proses bayi tabung dalam meningkatkan peluang kehamilan.

Penyelidik menjelaskan, sel telur tidak dapat disenyawakan oleh sperma akibat gangguan PLCz. Hal ini juga sama dengan beberapa kes gangguan kesuburan lelaki yang boleh diatasi dengan menambahkan protein aktif. Hasil kajian menunjukkan, penambahan protein PLCz mampu merangsang proses persenyawaan dan secara signifikan meningkatkan peluang kehamilan.

"Kami dapati sebahagian lelaki tidak subur kerana sperma mereka gagal mengaktifkan telur. Sekalipun sperma mereka bersatu dengan telur, tak terjadi apa-apa. Sperma ini mungkin kekurangan versi fungsi tertentu PLCz," kata Profesor Tony Lai dari Cardiff University.

"Di makmal, kami sudah mampu menyediakan protein PLCz manusia yang aktif. Ketika telur yang tidak subur disuntik dengan PLCz manusia, telur tersebut bertindak balas tepat dengan betul pada persenyawaan, sehingga menghasilkan perkembangan embrio ke tahap blastokista, yang penting bagi kejayaan kehamilan," tambahnya.

Lai menambah, walaupun kajiannya masih terbatas di makmal, tetapi secara prinsip kaedah ini boleh digunakan pada klinik kesuburan dengan cara yang betul-betul sama. Ke depan, Lai berharap dapat menghasilkan proten PLCz dan menggunakannya untuk merangsang pengaktivan telur dengan cara yang benar-benar alami. sumber kompas.com

0 comments:

Post a Comment