Powered by Blogger.

Otak membersihkan sisa-sisa racun

Penyelidik mendapati bagaimana cecair yang mengalir melalui susunan saraf boleh membantu membersihkan otak dari sisa-sisa racun yang boleh menyebabkan gangguan seperti Alzheimer dan Huntington.

Penyelidik yang berpusat di University of Rochester (UR), University of Oslo dan Stony Brook University, di Amerika Syarikat menggambarkan kewujudan sungai pembersihan di otak, sebuah aliran cecair yang membilas tumpukan protein berkaitan Alzheimer, Huntington, dan kelainan degeneratif saraf lain.

Menurut hasil kajian yang terbitkan dalam jurnal Science translational Medicine, ahli saraf dari UR, Maiken Nedergaard, dan rakannya berjaya mengenalpasti sistem pembersihan otak yang lebih cepat tersebut.

Nedergaard, seorang ahli sel otak non-neuron yang disebut glial, sudah lama menduga sel-sel glial berperanan dalam pembersihan otak.

Laman jurnal imiah Nature menyebutkan, Nedergaard dan rakannya mempelajari tikus hidup dengan lubang di tengkorak mereka untuk melihat bagaimana sisa dibawa cecair cerebrospinal pada tikus hidup.

Mereka menyuntik molekul radioaktif supaya boleh melakukan pengesanan menggunakan teknologi pengimbasan laser.

Perjalanan molekul bermula selepas disuntik ke ruang subarachnoid, sebuah rongga diantara membran yang menyelimuti otak dan saraf tulang belakang.

Menurut pengamatan para penyelidik, seperti sungai, cecair cerebrospinal membawa molekul-molekul ini secara cepat melalui saluran khusus.

Sel glial di sepanjang bahagian luar arteri membentuk saluran untuk cecair cerebrospinal yang mengikuti pembuluh darah otak.

Selain itu penyelidik juga mendapati bahawa sel-sel glial bertindak sebagai perantara aktiviti saluran, membantu aliran cecair melalui saluran.

Dari saluran sepanjang arteri, cecair pelacak kemudian melalui rangkaian otak. Pada akhir rangkaian yang lain, dia mengalir dalam saluran yang sama di sepanjang vena kemudian kembali ke ruang subarachnoid.

Setelah ruang subarachnoid, cecair akan masuk ke aliran darah atau akhirnya terkuras ke sistem limfa sehingga penyelidik kemudian menyebut rangkaian ini sistem "glymphatic," merujuk pada sel glial yang punya persamaan fungsi dengan sistem limfatik.

Ahli saraf UR dan penulis utama kajian itu, Jeff Iliff, mencatat beberapa kejutan dalam kajian tersebut. "Saya tidak berfikir kami akan melihat aliran cecair ini melalui otak," katanya.

Dia menjelaskan pula bahawa konsep sebelumnya tentang peranan cecair cerebrospinal dalam pembuangan sisa menunjukkan proses satu jalan, menghantar zarah pembawa cecair dari otak ke badan.

Tapi mereka malah melihat aktiviti pendaurulangan yang mengembalikan sekitar 40 peratus cecair ke otak.

0 comments:

Post a Comment