Powered by Blogger.

iPhone 5

iPhone 5 Dilepas di Sembilan Negara
Telefon terbaru Apple Incorporated, iPhone 5 dilancarkan di San Francisco Amerika Syarikat, Rabu (12/9) waktu tempatan atau Selasa (13/9) awal hari.

Apple membuka tempahan telefon setebal 7.6 milimeter itu perdana pada Jumaat (14/9) dan mulai mendistribusikannya seminggu kemudian atau 21 September ke sembilan negara iaitu AS, Kanada, Inggeris, Perancis, Jerman, Australia, Jepun, Hong Kong, dan Singapura dan hadir di 100 negara pada 28 Disember.

"iPhone 5 akan hadir dalam warna hitam dan juga putih," sebut kata Naib Presiden Apple, Philip W. Schiller, dalam pelancaran rasmi tersebut.

Schiller, seperti dikutip The Verge, menyebut harga yang ditawarkan untuk iPhone 5 tidak berbeza dengan iPhone 4S iaitu 199 dolar AS untuk ruang simpanan 16 giga bit, 299 dolar AS untuk ruang simpanan 32 giga bit, dan 399 dolar AS untuk ruang simpanan 64 giga bit dengan ikatan kontrak selama dua tahun.

Dalam kesempatan yang sama, Naib Presiden iOS Apple, Scott Forstall, berkata sistem operasi terbaru peranti komunikasi bergerak iOS 6 akan hadir pada 19 September.

"Jika anda mempunyai iPhone 4S, 4, 3GS, new iPad, iPad 2 ... kemas kini percuma kepada iOS6," kata Forstall.

Forstall menyebut pembaikan iOS termasuk sistem carian suara Siri yang lebih khusus, sistem pemberitahuan mesej (push notification) pada gambar, dan sudut pandang peta layaknya Google Maps 3D pada komputer meja.

"iOS 6 adalah sistem operasi yang paling canggih untuk setiap telefon bimbit. Dan (iOS 6) ini menggerakkan iPhone 5," kata Forstall.
Sumber republika.co.id

0 comments:

Post a Comment