Powered by Blogger.

Gadis 14 tahun ini bersendirian merompak bank!


Seorang kanak-kanak perempuan 14 tahun melakukan aksi rompakan bersenjata di sebuah bank di Kota Izhevsk, Russia. Beruntung, aksinya itu berjaya digagalkan pegawai keselamatan tempatan. Dalam pemerhatian kamera CCTV tempatan, diketahui pelaku mengenakan topeng dan membawa sebilah pisau sebagai senjata. Aksinya berjaya digagalkan pegawai keselamatan ketika tengah menodongkan pisau ke arah seorang juruwang. Kepada juruwang, pelaku meminta wang sebanyak 200 ribu rubel.

"Si gadis akan menggunakan wang itu untuk meninggalkan bandar dan bunuh diri," kata seorang penyelidik polis tempatan, Komsomolskaya Pravda seperti dilansir CBN News, Jumaat (7/9). Pelaku diketahui merupakan seorang pelajar berprestasi di sekolah. Ia mengaku kecewa dengan pengawasan orang tuanya yang terlalu ketat. 

Pelaku akhirnya dibebaskan dari tahanan setelah membayar jaminan dan berjanji untuk tidak meninggalkan kota. Menurut undang-undang Rusia sendiri, kanak-kanak usia 14 hingga 16 tahun boleh dijatuhi hukuman kurungan di penjara anak-anak jika melakukan jenayah serius.

0 comments:

Post a Comment