Powered by Blogger.

Wanita ini bersuamikan ayahnya sendiri


Valerie Spruill dari Doylestown, Ohio, Amerika Syarikat, baru tahu belakangan bahawa suaminya, Percy, ternyata adalah ayahnya juga, seperti dilaporkan huffingtonpost, Rabu (19/9), mengutip Akron Beacon Journal terbitan 13 September. Perempuan 60 tahun itu mengetahui kebenaran tersebut enam tahun selepas kematian Percy.

Menurut kolumnis Akron Beacon Journal, Bob Dyer, kejadiannya bermula ketika Valerie dihantar untuk tinggal bersama datuk-neneknya ketika dia baru berusia 3 bulan. Figur yang selama itu dia tahu sebagai ayahnya ternyata adalah datuknya, dan orang yang selama itu dia tahu sebagai seorang "teman keluarga" justeru adalah ibu kandungnya.

Ibu kandung Valerie seorang "wanita malam" yang dipenjara atas tuduhan jenayah seks pada 1980. Ayah kandungnya bernama Percy Spruill. Percy berusia 15 tahun ketika bertemu ibu Valerie.

Percy lahir di Mississippi. Ia bekerja di Akron sebagai pemandu lori dan, kemudian, menjadi pegawai parkir di Morley Health Center.

Valerie tumbuh dewasa, bertemu Percy, dan mereka kemudian berkahwin. Sepanjang perkahwinan, Valerie mengatakan mendengar desas-desus bahawa Percy sesungguhnya adalah ayahnya, demikian laporanAkron Beacon Journal. Ketika diminta untuk menganggarkan berapa banyak orang yang tahu tentang hal ini, Valerie tertawa dan berkata, "Setengah dari (penduduk) Akron."

Pada April 1998, Percy meninggal dalam usia 60 tahun. Tahun 2004, seorang bapa saudara akhirnya mengatakan kepada Valerie bahawa khabar angin itu benar. Ujian DNA pun menegaskan hal itu.

Apakah Percy tahu bahawa Valerie adalah putrinya? Entahlah. Akron Beacon Journal melaporkan, walau Valerie kata bahawa dia tidak yakin 100 peratus suaminya tahu kalau dia adalah anak perempuannya kerana Percy tidak pernah membincangkan hal itu, Valerie sangat yakin bahawa suaminya menyedari tabu yang ia lakukan, tetapi dia takut untuk menyampaikan kepadanya.

Valerie kini bersara, setelah bekerja 34 tahun di jabatan perakaunan di Goodyear. Dia punya tiga anak dan lapan cucu. Ia mengaku berjuang melawan kecenderungan semulajadi untuk membenci Percy. Orang-orang yang membenci, katanya, tidak akan masuk syurga. Dalam sisa hidupnya, ia berusaha untuk tetap optimis dan berfikir positif.

Valerie bukan orang pertama yang punya kisah mengejutkan tentang pasangan mereka.

James dan Maura, nama sebenarnya telah disamarkan, tumbuh dewasa di tempat yang berasingan 100 batu dan bertemu pada suatu malam di Ireland di sebuah bandar yang bukan tempat asal mereka, lapor BBCtahun 2010. Mereka mulai berkencan, Maura hamil, dan mereka lalu berpindah dan tinggal bersama. Setelah beberapa waktu, Maura meyakinkan James untuk menghubungi ibunya yang tinggal berasingan. Ketika James melawat ibunya, dan bercerita tentang Maura, potongan ceritanya menuntun sang ibu untuk mengetahui bahawa Maura sesungguhnya adalah adik tirinya. Sebuah ujian DNA mengesahkan perkara itu.

Dalam sebuah kes lain, seorang pengantin perempuan India, Minati Khatua, butuh waktu enam bulan untuk mengetahui bahawa orang yang ia nikahi ternyata seorang perempuan juga, bukan lelaki, laporTelegraph India tahun 2010. Khatua curiga ada yang aneh pada pasangannya. Ia lalu memaksa untuk membuka pintu bilik mandi saat "sang suami" mandi. Ketika itulah ia akhirnya tahu, pasangan itu seorang perempuan. Khatua akhirnya menelefon polis. NDTV melaporkan bahawa perempuan penipu itu melarikan diri dengan sebuah kereta dan jip yang dibeli dengan wang dari akaun bank Khatua. Sumber Huffington Pos

Protein ini boleh menyuburkan sperma


Ini adalah berita baik bagi kalangan lelaki yang selama ini belum mampu mendapatkan keturunan. Kajian terbaru para ahli saintis berjaya menemui sejenis protein penting yang mampu meningkatkan kualiti kesuburan kaum Adam.

Dengan menambah protein vital ini pada sperma yang tidak subur, kes kemandulan lelaki akan diatasi. Sel spema yang tidak subur akan mempunyai harapan untuk membuahi sel telur, dan secara dramatik meningkatkan peluang terjadinya kehamilan.

Seperti yang dilaporkan dalam jurnal Fertility and sterility, para ahli dari Universiti Cardiff Inggeris mendakwa telah menemui protein penting yang dikenali sebagai PLC-zeta (PLCz). Protein ini dipindahkan oleh sperma sihat pada saat proses persenyawaan sel telur. Protein inilah yang memulakan proses yang disebut "egg activation", merintis jalan bagi seluruh proses biologi yang diperlukan untuk perkembangan embrio. Penemuan penting ini diyakini memberi harapan kepada pasangan yang menjalani proses bayi tabung dalam meningkatkan peluang kehamilan.

Penyelidik menjelaskan, sel telur tidak dapat disenyawakan oleh sperma akibat gangguan PLCz. Hal ini juga sama dengan beberapa kes gangguan kesuburan lelaki yang boleh diatasi dengan menambahkan protein aktif. Hasil kajian menunjukkan, penambahan protein PLCz mampu merangsang proses persenyawaan dan secara signifikan meningkatkan peluang kehamilan.

"Kami dapati sebahagian lelaki tidak subur kerana sperma mereka gagal mengaktifkan telur. Sekalipun sperma mereka bersatu dengan telur, tak terjadi apa-apa. Sperma ini mungkin kekurangan versi fungsi tertentu PLCz," kata Profesor Tony Lai dari Cardiff University.

"Di makmal, kami sudah mampu menyediakan protein PLCz manusia yang aktif. Ketika telur yang tidak subur disuntik dengan PLCz manusia, telur tersebut bertindak balas tepat dengan betul pada persenyawaan, sehingga menghasilkan perkembangan embrio ke tahap blastokista, yang penting bagi kejayaan kehamilan," tambahnya.

Lai menambah, walaupun kajiannya masih terbatas di makmal, tetapi secara prinsip kaedah ini boleh digunakan pada klinik kesuburan dengan cara yang betul-betul sama. Ke depan, Lai berharap dapat menghasilkan proten PLCz dan menggunakannya untuk merangsang pengaktivan telur dengan cara yang benar-benar alami. sumber kompas.com

Sebuah universiti di Amerika ditutup akibat ancaman bom

Louisiana State University (LSU), Isnin (17/9) sekitar pukul 14.00 waktu setempat, mengumumkan pembatalan semua aktiviti kampus selama sisa hari itu. Satu ancaman bom pada Isnin pagi mencetuskan pengosongan kampus utama universiti tersebut.

Pengumuman tersebut disampaikan kepada ribuan mahasiswa LSU dan kakitangan fakulti agar menjauh dari kampus Baton Rouge hingga ada arahan lanjut dari Pusat Operasi Kecemasan LSU untuk kembali. Peristiwa itu disiarkan oleh rangkaian berita tempatan NOLA.com.

Polis LSU, yang disokong oleh beberapa agensi pelaksana undang-undang, terus menyiasat ancaman bom itu, kata laporan tersebut. Lembaga pendidikan itu mulai mengosongkan kampus utamanya selepas seseorang menelefon 911 sekitar pukul 10.32, dan menyampaikan ancaman bom, demikian laporan Xinhua. Pemanggil tersebut tidak menyebutkan tempat bom itu, kata beberapa pegawai.

Universiti tersebut menyiarkan keadaan siap sedia di jejaringnya satu jam kemudian. "Satu ancaman bom telah dilaporkan ke kampus LSU. Tolong lakukan pengosongan dengan setenang dan secepat mungkin. Semak lsu.edu untuk perubahan." Kampus itu total mempunyai 30,000 pelajar, profesor dan pegawai.

Indentiti pembikin filem anti islam terdedah

Inilah Si Pembuat Film Anti-Islam Itu
Identiti fizikal Nakoula Basseley Nakoula atau yang juga dikenal dengan nama Sam Bacile akhirnya muncul.

Gambar yang memaparkan Bacile dengan salah satu aktrisnya itu muncul satu hari selepas Bacile menjalani pemeriksaan oleh penyiasat persekutuan.

Gambar tersebut diambil di sela pembuatan film Innocence of Muslim.

Dalam foto tersebut Bacile kelihatan sangat bahagia. Bacile menunjukkan rona bahagianya dengan menatap ke arah Anna Gurji, salah satu pelakon yang terlibat dalam filem tersebut.

Para pegawai AS sebelum ini mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak menyiasat projek filem tersebut, walaupun kesan dari filem telah menyebabkan keganasan dan penolakan di pelbagai negara.

Pejabat AS beralasan, menghasilkan filem di Amerika Syarikat dilindungi oleh undang-undang atas nama kebebasan bersuara.

Kuasa Hukum Bacile juga menolak berkomentar atas hasil pemeriksaan Bacile.

18 mangsa baru jenayah cyber setiap saat

Dalam laporan yang berdasarkan 2012 Norton Study itu, disebutkan ada 18 orang menjadi mangsa baru akibat jenayah cyber setiap saat, atau 1.5 juta mangsa sehari.

Pelbagai mod digunakan untuk mengaut untung peribadi, dan caranya pun kian berkembang, menyesuaikan diri dan berkembang dari hal-hal kecil yang mungkin sering kita remehkan.

Menurut laporan tahunan Norton, angka kejahatan dunia maya ketika ini dijangka mencapai US $ 110 bilion per tahun. Norton mengungkap, setiap detik ada 18 orang dewasa atau lebih daripada 1.5 juta orang di dunia setiap hari menjadi korban kejahatan dunia maya.

Tentu saja, kerugian ini mengakibatkan jumlah bahan-bahan yang mereka keluarkan melalui pelbagai transaksi online.

Menurut Norton, kerugian rata-rata yang dialami mangsa penipuan di Internet mencapai US $ 197 atau sekitar Rp1, 8 juta satu korban di seluruh dunia atau bayaran kejahatan pengguna di dunia maya lebih dari satu minggu boleh mencukupi keperluan makan untuk empat orang dalam satu keluarga.

"Dalam 12 bulan terakhir dianggarkan ada 556 orang dewasa mengalami kejahatan dunia maya, perkara ini melebihi dari populasi penduduk Kesatuan Eropah. Angka ini mewakili 46% orang dewasa yang menjadi mangsa kejahatan dunia maya dalam 12 bulan terakhir," demikian tulis Norton dalam laporan yang disiarkan oleh website rasminya.

Tinjauan tahun ini menunjukkan adanya peningkatan bentuk baru dari kejahatan dunia maya berbanding dengan tahun terkini, seperti penemuan pada jejaring sosial atau peranti mobile.

Fakta lain juga menyebutkan bahawa 15% pengguna rangkaian sosial melaporkan profil seseorang telah dibajak dan si pelaku berpura-pura menjadi pemilik akaun tersebut.

"Kejahatan dunia maya menukar taktik mereka dengan mensasarkan pada pertumbuhan peranti bergerak dan jejaring sosial yang pengguna kurang perhatian dengan risiko keselamatan," ujar Marian Merritt, Norton Internet Safety Advocate.

Menurut Norton, untuk mengatasi hal ini, kuncinya ada di kata laluan e-mel yang kuat. Lebih daripada satu perempat atau 27% orang dewasa yang sering melakukan aktiviti online melaporkan bahawa mereka mendapat notis bahawa akaun e-mel yang mereka gunakan telah dibajak.

Padahal beberapa akaun e-mel tersebut berpotensi untuk menjadi pintu gerbang bagi para penjenayah yang mencari maklumat peribadi dan syarikat.

Secara umum, dalam kajian ini mendedahkan, orang sering menyimpan gambar peribadi (50%), dokumen pekerjaan (42%), laporan bank (22%) dan kata laluan untuk akaun online yang lain (17%) dalam e-mel.

"Akaun e-mel peribadi sering mengandungi kunci ke dunia online anda. Tidak hanya penjahat yang mendapatkan segala akses ke inbox anda, mereka juga boleh menetapkan semula kata laluan anda untuk setiap laman web online yang lain dengan mengklik link 'forgot your password', menahan beberapa e-mel dan secara efektif mengunci anda keluar daripada akaun anda sendiri, " ujar Adam Palmer, Norton Lead Cybersecurity Advisor.

Ia menambah, melindungi e-mel dengan menggunakan kata laluan yang kompleks dan menggantinya secara berperingkat, akan mengurangkan bahkan menghalang anda dari kejahatan yang terjadi di internet. 
sumber inilah.com

Setiap bulan seramai 235 juta pengguna bermain permainan di facebook

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengatakan bahawa 235 juta pengguna bermain game di Facebook setiap bulan. Benarkah?

Pencapaian di atas membuktikan bahawa Facebook kini merupakan platform baru tempat bermain bagi para gamer.

Selain itu, Zuckerberg juga menyebut bahawa Zynga, Kixeye, King.com dan syarikat game mobile yang lain saat ini juga sedang berjuang untuk merebut tempat tersebut dari Facebook, demikian seperti dikutip dari Mashable.

Sebagai perbandingan, Xbox Live milik Microsoft, sebagai salah satu platform game, telah memiliki sekitar 40 juta pengguna aktif setiap bulan, yang sudah bermula sejak awal tahun 2012.

Para pemaju kini semakin bergerak agresif ke dunia game sosial dan mobile, kenyataan dari Zuckerberg semakin mempertegas semakin tegasnya mereka memfokuskan Facebook sebagai salah satu platform game.
Sumber rujukan inilah.com

Otak membersihkan sisa-sisa racun

Penyelidik mendapati bagaimana cecair yang mengalir melalui susunan saraf boleh membantu membersihkan otak dari sisa-sisa racun yang boleh menyebabkan gangguan seperti Alzheimer dan Huntington.

Penyelidik yang berpusat di University of Rochester (UR), University of Oslo dan Stony Brook University, di Amerika Syarikat menggambarkan kewujudan sungai pembersihan di otak, sebuah aliran cecair yang membilas tumpukan protein berkaitan Alzheimer, Huntington, dan kelainan degeneratif saraf lain.

Menurut hasil kajian yang terbitkan dalam jurnal Science translational Medicine, ahli saraf dari UR, Maiken Nedergaard, dan rakannya berjaya mengenalpasti sistem pembersihan otak yang lebih cepat tersebut.

Nedergaard, seorang ahli sel otak non-neuron yang disebut glial, sudah lama menduga sel-sel glial berperanan dalam pembersihan otak.

Laman jurnal imiah Nature menyebutkan, Nedergaard dan rakannya mempelajari tikus hidup dengan lubang di tengkorak mereka untuk melihat bagaimana sisa dibawa cecair cerebrospinal pada tikus hidup.

Mereka menyuntik molekul radioaktif supaya boleh melakukan pengesanan menggunakan teknologi pengimbasan laser.

Perjalanan molekul bermula selepas disuntik ke ruang subarachnoid, sebuah rongga diantara membran yang menyelimuti otak dan saraf tulang belakang.

Menurut pengamatan para penyelidik, seperti sungai, cecair cerebrospinal membawa molekul-molekul ini secara cepat melalui saluran khusus.

Sel glial di sepanjang bahagian luar arteri membentuk saluran untuk cecair cerebrospinal yang mengikuti pembuluh darah otak.

Selain itu penyelidik juga mendapati bahawa sel-sel glial bertindak sebagai perantara aktiviti saluran, membantu aliran cecair melalui saluran.

Dari saluran sepanjang arteri, cecair pelacak kemudian melalui rangkaian otak. Pada akhir rangkaian yang lain, dia mengalir dalam saluran yang sama di sepanjang vena kemudian kembali ke ruang subarachnoid.

Setelah ruang subarachnoid, cecair akan masuk ke aliran darah atau akhirnya terkuras ke sistem limfa sehingga penyelidik kemudian menyebut rangkaian ini sistem "glymphatic," merujuk pada sel glial yang punya persamaan fungsi dengan sistem limfatik.

Ahli saraf UR dan penulis utama kajian itu, Jeff Iliff, mencatat beberapa kejutan dalam kajian tersebut. "Saya tidak berfikir kami akan melihat aliran cecair ini melalui otak," katanya.

Dia menjelaskan pula bahawa konsep sebelumnya tentang peranan cecair cerebrospinal dalam pembuangan sisa menunjukkan proses satu jalan, menghantar zarah pembawa cecair dari otak ke badan.

Tapi mereka malah melihat aktiviti pendaurulangan yang mengembalikan sekitar 40 peratus cecair ke otak.